Friday, August 7, 2009

H1N1 : Kampus USIM masih selamat?



Ketika meeting Debat Kemerdekaan di Dewan Senat canselori hari khamis yg lepas, Dato' TNC telah memberi jaminan bahawa kampus USIM masih dalam keadaan terkawal walaupun terdapat pertambahan bilangan pelajar yang demam dan batuk2..malah, ujian saringan juga akn dilakukan ketika hari pendaftaran Debat Kemerdekaan di sini menjelang 14hb nanti..selepas pulang dr meeting, aku terima satu panggilan drpd sahabat debater aku..

"Qaiyum, betul ke ada sorang student dah meninggal dunia sebab H1N1 ni..."

aku terkejut dgn soalan tu..lantas aku memaklumkan bahawa jgn cuba utk menyebarkan khabar angin yg tiada kesohihannya..pada malam itu pula, abg aku dapat panggilan juga dr kawan die..

"wehh..betul ke sorang student FST meninggal..."

soalan ini lg spesofik dgn menyatakan student fst pulak tu.. abg aku juga menyatakan ketidakpastiannye dan menyatakan itu hanyalah khabar angin sahaja..

Petang semalam lecturer aku pn bg mesej kat aku bertanyakan soalan yg sama..aku pn memberi jawapan yg sama..tidak lama selepas itu beliau reply msj aku..

" Ni kenyataan dr HEP..sebenarnya student yg meninggal tu adalah student SPADA di Pandan Indah kerana Brain Tumor..bukan sebab H1N1..dan 3 orang student USIM yg dimasukkan ke hospital telah pn dibenarkan keluar.. "

Barulah lega hati aku mendengar berita ni..ak pn cepat2 forward mesej td kpd rakan aku yg menanya aku tentang betul ke ad student yg meninggal td..

Petang semalam pun ketika aku melepasi pos kawalan, guard telah memberikan mask utk keselamatan..tahniah kpd USIM yg telah mengambil langkah pencegahan awal..sama-samalah kita doakan keselamatan USIm dan seluruh umat manusia umumnya..Solat hajat perdana pun telah dilakukan di dataran Nilam Court..Insya Allah..



p/s : amaran..!! jgn sebarkan berita yg x tau dr sumber mn dikutip ntah..peliharalah nama USIM yg kita cintai ini..

1 comment: