Wednesday, August 19, 2009

Debat Kemerdekaan : Kenangan Terindah Hidupku..





Bermula 14 Ogos (Jumaat)
Bermula dengan Majlis Makan Malam Aluan dan berakhir di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur..begitu banyak sekali cerita yang ingin dikongsi bersama..Sumpah..!! Pengalaman bekerjasama dengan Arkib Negara Malaysia dan Majlis Debat Unversiti-Universiti Malaysia (MADUM) dalam menganjurkan Pertandingan Debat Kemerdekaan IPT malaysia kali ini merupakan pengalaman yang sangat berharga..Memegang Unit Protokol & Jemputan satu perkara yang amat berat untuk dipikul, namun cabaran itu kami galas hinggalah semuanya berjaya dengan gemilang sekali..X nk celoteh panjang..jom dengar cite aku ni..

17 Ogos 2009 (Isnin)

Kami mula bertolak dari Nilai menuju ke Auditorium untuk rehearsal majlis final..Perjalanan mengambil masa 45 minit..Sampai j kat Auditorium Perdana 2, ak melahirkan rasa kagum aku..bukan sebab Auditorium tu canggih k..cantik k..TAK..!! Aku kagum kerana tak sangka aku diberi peluang mengendalikan majlis di tempat yang sama banyak function peringkat kebangsaan di lakukan di situ..ditambah lagi dengan rakaman RTM yg turut ada pd mjlis esok..

Jam 3 petang,kami mula reherasal..petang tu cuma mendapatkn flow majlis j dulu..petang itu, orang2 besar Arkib Negara turut turun padang melihat kami rehersal..Dato' Ketua Pengarah pn ada jugak..rehersal mlm tu agak kalut ckit dr segi flow hadiah kerana ap yg kami bincang dengan pegawai Arkib lain dgn ap yg Dato' KP mahukan..jadi, agk tergendala reherasal mlm tu..namun, semuanya dpt diatasi..Malam tu, selepas Dato' KP meninggalkan dewan, kami lakukan rehersal sekali lagi utk dptkn flow yg terbaik..agak meletihkan..hukhuk..malam tu kami pulang jam 11 malam..Aku telah cuba utk dptkn penginapan di IPTAR (Asrama RTM) dan Kolj Kediaman UM..tapi,semuanya tidak berhasil..kami terpaksa pulang ke Nilai..

18 Ogos 2009 ( Selasa)

Bangun pagi seawal jam 6 mmg berat bg ak..ye la..apa tak nye..mlm tadi dh penat tdo lmbt balik dr KL..pg ni pulak kena bgn awal..huhu..nk wat camne..Kami pn bertolak jam 6.45 pagi..Sesampai saja di sana, sarapan pagi dulu..dan terus siap2 utk majlis..Tugas terawal aku adalah penyambut tetamu VIP..aku dan usher2 aku sedia menyambut tetamu VIP dan orang2 Kementerian..Masalah ckit bl x d penyambut tetamu di pihak Kementerian..kami ni dah la x kenal pegawai2 kementrian..terpaksalah bertanya tuan ni dari mn dan sebagainye..x patut penyambut tetamu x kenal tetamu..tp, nk wat cmne..



Gaya lagak team2 protokol yg mantap..


Langkah bergaya cukup elegan team2 protokol..mcm model lak..


Jam 10 pagi ketibaan YB Timb Menteri..disambut dengan cak lempong..kat sini satu lagi cabaran besar buat aku..sepatutnya apa yg dirancang, tetamu VIP x masuk ke holding room..tp, tiba2 pulak tetamu VIP masuk ke holding room..suasana dlm dewan dh sedia dh..rupa-rupanya egawai diorang cakap nk tunggu KSU Kementerian yg x dtg lagi..dalam hati aku cakap mcm mn la orang kerajaan ni buat kerja..sepatutnya sume org mesti la tunggu bos..bukan bos tunggu org bwhn..ap2 pn lantak lah..yg penting majlis aku berjalan lancar..alih2,tunggu punye tunggu..KSU mmg x dtg2 pn, aku pn bawak je la tetamu VIP keluar holding room dan arak bawa masuk ke dewan..fuhhh..setel satu kerja..

Seterusnya, majlis berjalan lancar jer..x d mslh ap2 pn..ada pun kecik2 j pn..x kisah sgt..akhirnya UTP muncul juara mengalahkan MMU yang berjaya smpi ke final..

Selepas majlis berakhir, Dato' Asin (TNC HEPA USIM) mengucapkan tahniah kpd semua urusetia dan die bisik kat aku..

"saya rasa inilah penganjuran debat yang paling best yang pernah saya alami.."

kata-kata Dato' tadi membuatkan aku rasa terharu dengan pencapaian yang telah dikecapi.. sememangnya Dato' awal2 lagi dh cakap kat ku yang crowd majlis pada kali ni sangat hebat..penonton membanjiri sampai ke luar dewan..suasana dalam dwan pun sgt sesak..selepas itu, kami juga mendapat pujian dari pelbagai pihak terutama pihak Arkib Negara..

" Tahniah..u all the best team.."

Mereka juga melahirkan rasa kekaguman mereka melihat team work dan budaya kerja yang diamalkan oleh semua urusetia..sangat bagus..bak kata En Kamarudin(seorang pegawai Arkib)..saya pun masih teringat ketika tgh bekerja dlm dewan tu, beliau x putus2 senyum dgn aku..kagum melihat kerja kami agaknya..apa2 pn, aku rasa seronok sgt bekerja dgn dan kenal dgn En Azemi, En Ihsan, En Kamarudin dan Cik Samiha..mereka semua telah banyak membantu dlm melicinkan kerja kami..

Tahniah semua..semoga berjumpa lagi akan datang..tata..

Tidak dilupa..penghargaan kepada En Md Ishah Rahman & Pn Al 'Uyuna..Tahniah..

p/s : x sabar nnk tunggu bile nk disiarkan rakaman debat merdeka tu..nanti tgk la gambar aku kat sana..hakhak..


Persembahan finale nyanyi lagu 1Malaysia


Pesert MMU selaku kerajaan


Suasana perdebatan yang genting..

Friday, August 7, 2009

H1N1 : Kampus USIM masih selamat?



Ketika meeting Debat Kemerdekaan di Dewan Senat canselori hari khamis yg lepas, Dato' TNC telah memberi jaminan bahawa kampus USIM masih dalam keadaan terkawal walaupun terdapat pertambahan bilangan pelajar yang demam dan batuk2..malah, ujian saringan juga akn dilakukan ketika hari pendaftaran Debat Kemerdekaan di sini menjelang 14hb nanti..selepas pulang dr meeting, aku terima satu panggilan drpd sahabat debater aku..

"Qaiyum, betul ke ada sorang student dah meninggal dunia sebab H1N1 ni..."

aku terkejut dgn soalan tu..lantas aku memaklumkan bahawa jgn cuba utk menyebarkan khabar angin yg tiada kesohihannya..pada malam itu pula, abg aku dapat panggilan juga dr kawan die..

"wehh..betul ke sorang student FST meninggal..."

soalan ini lg spesofik dgn menyatakan student fst pulak tu.. abg aku juga menyatakan ketidakpastiannye dan menyatakan itu hanyalah khabar angin sahaja..

Petang semalam lecturer aku pn bg mesej kat aku bertanyakan soalan yg sama..aku pn memberi jawapan yg sama..tidak lama selepas itu beliau reply msj aku..

" Ni kenyataan dr HEP..sebenarnya student yg meninggal tu adalah student SPADA di Pandan Indah kerana Brain Tumor..bukan sebab H1N1..dan 3 orang student USIM yg dimasukkan ke hospital telah pn dibenarkan keluar.. "

Barulah lega hati aku mendengar berita ni..ak pn cepat2 forward mesej td kpd rakan aku yg menanya aku tentang betul ke ad student yg meninggal td..

Petang semalam pun ketika aku melepasi pos kawalan, guard telah memberikan mask utk keselamatan..tahniah kpd USIM yg telah mengambil langkah pencegahan awal..sama-samalah kita doakan keselamatan USIm dan seluruh umat manusia umumnya..Solat hajat perdana pun telah dilakukan di dataran Nilam Court..Insya Allah..



p/s : amaran..!! jgn sebarkan berita yg x tau dr sumber mn dikutip ntah..peliharalah nama USIM yg kita cintai ini..

Debaran Debat Kemerdekaan IPT 09 bermula..

Hari khamis yg lepas aku attend meeting jawatankuasa pelaksana Debat Kemerdekaan IPT 09 di Dewan Senat, Bangunan Canselori yg tersergam indah tu..Meeting tu dipengerusikn oleh Dato' asin n En Azemi Aziz (Pengarah Bahgaian Arkib Negara M'sia).. Aku dapat rasa debaran debat ini makin hangat terasa..bnyk isu yg dibincangkn..harapan agar debater usim dpt masuk final pn dh cukup menggunung..walopn kali ni aku x terlibat sbgi debater, tp komitmen aku dlm kelab debat ni masih kuat..portfolio ak sebagai orang protokol dalam kelab debat tu sangan penting..hakhak..tp, setakat ni aku puas dgn kerja aku ni..pasni aku kena arrangekn schedule Dato' Asin (TNC HEPA) utk sesi temuramah bersama Selamat Pagi Malaysia pd 17hb nnt..hmm..tu j kot tuk ms ni..letihla..huhu


Saturday, August 1, 2009

Konsert MISI 09..



Malam tadi berkesempatan lak nk tengok Konsert MISI (malam irama seni islam) kat stadium tertutup Nilai sempena pesta konvo USIM 09..antara artis yg datang menghiburkan ialah Mestica, Damascus, Suhaimi & Ina Naim dan penampilan istimewa Ahmad Adib..Sape tu??? artis baru k?? hahaha..x d lah..Adib tu anak sulung kpd pasangan bahagia Suhaimi n Ina Naim..comel..die cuma naik ats pentas bg hadiah cabutan bertuah j..hakhak..istimewa la kn..orng len sume kn nyanyi..die sorang j x yah nyanyi..hakhak..tamat konsert jam 12 malam..memang berpuas hati la pergi konsert mlm td..ramai yg turun tgk utk memeriahkan konsert..ditambah lagi dgn gelagat 2 orang mc yg mmg mencuit hati..hehe..ap2 pn,tahniah kpd sekretariat C'Fest 09 krn telah berjaya dlm penganjuran kali ni..bravoo..

Persembahan finale artis2 jemputan

Abg zaini , Ina Naim bersama Suhaimi