Thursday, June 11, 2009

BI subjek wajib lulus SPM ??

Baru-baru ni Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia telah mencadangkan agar subjek BI dijadikan subjek wajib lulus dalam SPM. Cadangan tersebut dianggap sebagai 'penawar' buat hati2 pejuang bahasa melayu yg menginginkan PPSMI dihapuskan. cadangan tersebut dikira sebagai tepat pada masanya. Hal ini kerana dalam proses untuk kementerian melakukan penilaian buat kali kedua mengenai dasar PPSMI, cadangan tersebut sekurang-kurangnya menjadi alternatif untuk menghapuskan dasar yang mendapat tentangan daripada ramai pihak.

Subjek BI wajar dijadikan subjek wajib lulus SPM kerana melihat kepada beberapa aspek iaitu penggunaan dan kemampuan. Memang tidak dapat dinafikan lagi penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa utama dunia dan diiktiraf sebagai bahasa kedua di negara kita. Penggunaan bahasa ini juga telah meluas dan rakyat malaysia terutamanya golongan pelajar perlu untuk menguasai bahasa ini dengan sebaiknya. Bukan sahaja penguasaan dengan mampu untuk bertutur dengan fasih atau fluent, tapi apa yg ditekankan oleh YAB Menteri itu ialah penguasaan nahu atau grammar. Secara jujur saya mengatakan hanya berapa orang sahaja yang betul2 menguasai grammar dengan betul. Selebihnya mereka hanya pandai untuk bertutur tanpa mengikut grammar yang betul, asalkan mereka mampu dan 'berjaya' utk speaking..saya pun kurang pasti apakah punca pelajar susah untuk memahami grammar. Kenyatannya adalah masih ramai pelajar di peringkat pengajian tinggi yang masih 'bingung' atau 'lupa' atau 'x pasti' penggunaan grammar sedangkan itulah perkara sama yang diajar sejak di bangkju sekolah lagi. Sememangnya dalam mana2 kelas Bi guru2 menggalakkan ank2 muridnya untuk bercakap (speaking). Itu satunusaha yang bagus. tapi, sekiranya elemen grammar itu kurang dititikberatkan juga menjadi masalah. samalah keadaannya dengan musafir yang merantau tanpa menggunakan peta..hanya tahu ikut jalan mana yang ada tanpa merujuk kepada peta samada jalan tersebut betul atau tidak untuk menuju ke destinasinya..Hal ini perlu dikaji dan diteliti sedalam-dalamnya.

Aspek kedua saya ingin megajak pembaca sekalian kepada kemampuan guru bahasa. saya bersetuju jika cadangan ini dilaksanakan kerana ada banyak kebaikan yang akan diperoleh daripadanya, namun perlu dikaji dan diteliti terlebih dahulu. Persoalannya, adakah guru yang berkelulusan dalam bahasa inggeris mencukupi di semua sekolah? Ini kerana ramai dikalangan guru yang mengajar subjek bahasa inggeris BUKAN terdiri daripada kelulusan dalam bidang bahasa tersebut. mereka berkelulusan dalam bidang lain dan diminta mengajar subjek BI dengan alasan kekosongan guru untuk mengajar subjek tersebut. Mungkin di SBP, sekolah harian dan sekolah di kawasan bandar mencukupi, tetapi bagaimana pula dengan sekolah di kawasan luar bandar,sekolah agama bantuan kerajaan dan sekolah2 lain yang mempunyai nasib yg sama. Saya keluaran sekolah agama bantuan kerajaan dan saya tahu keadaan yang sebenarnya..Tidak wajar guru berkelulusan sains mengajar BI..dengan alasan dulu mereka belajar sains dalam Bi..mereka perlu tahu perbezaan mengajar sains dan BI..guru saya juga telah 'serik' dan 'taubat' untuk mengajar BI..!!! Maka tidak hairanlah mengapa ramai guru2 sains yang mengeluh kerana terpaksa mengajar sains dalam BI..kerana mereka tahu keperitannya dan mereka lagi memahami keadaan sukar pelajar mereka yang masih lagi merangkak belajar BI..Kita tidak mahu pelajar yang tinggal di bandar yang mendapat 'rahmat' hasil cadangan ini..akan tetapi, anak2 kampung yg nasib mereka yang kurang terbela inilah yang perlu menjadi perhatian..kita tidak mahu hanya dek kerana failed English 1119 dalam SPM, mereka gagal untuk melanjutkan pelajaran.

hakikatnya, usaha murni ini harus dipuji dan tindakan susulan perlu diambil dengan mengambil kira semua aspek dan tidak menguntungkan sebelah pihak sahaja. Kajian demi kajian perlu dilakukan sebelum ianya dilaksanakan. Ambillah iktibar dari dasar PPSMI yang telah mengakibatkan darah orang2 melayu semakin membuak dan muncullah semut2 yang menyerang di jalanan2 ibu kota..


No comments:

Post a Comment